Sunday, July 8, 2012

NAFAS : Bab 21

Bab 21

Untuk sekian kali aku merinduinya. Hatiku seperti diiris-iris setiap kali aku teringat kepadanya. Kepada suaranya, kepada dakapannya, kepada bau jantannya dan kepada nafasnya.
Amir aku rindui setengah mati. Hampir pada setiap malam aku menangis memikirkan tentang diriku yang telah dipisahkan benua darinya. Hampir-hampir aku tidak faham bagaimana Majid boleh terus hidup seperti biasa tanpa Zaha di sisinya. Mungkin jiwanya juga terseksa sepertiku, cuma dia berahsia sahaja di hadapanku.
"Aku pun rindu Zaha macam kau rindukan Amir... kau ingat apa, aku ni tak ada hati ke?" Ujar Majid kepadaku di Coffee Beans yang terletak di KL Plaza. Hari itu hari Sabtu. Terlalu ramai orang jalan mundar mandir di hadapan kami.
"Bagai nak gila aku pikirkan yang aku kena tunggu selama setahun lebih sebelum dia boleh grad dari Balliol." Kataku, memudian menyedut air Ice Mocha Blend yang telah menjadi kegemaranku kini. Aku memangdang ke arah sekelilingku. Aku dapati ramai gayboy yang sama bersantai di tempat ini. Seperti sudah menjadi 'port' pula, terutamanya kepada gayboy berbangsa Cina.
"Alah... samalah kita. Aku mengamuk juga bila Zaha kata dia nak sambung belajar di Paris... dia pun grad pada masa yang sama macam Amir." Mata Majid kini menoleh kepada Anwar Zain yang sedang duduk di sebelah meja kami. "Kita ni ala-ala isteri askar kan? Boleh gituh?" Katanya kemudian. Majid menjeling beberapa kali ke arah Anwar Zain yang sebelum ini dipanggilnya Kak Anwarina. Majid cuba menahan ketawa apabila dia melihat jari kelingking Anwar Zain melentik sewaktu dia mahu minum expresso yang baru dipesannya tadi.
Aku tergelak mendengar kata-katanya itu tadi. Lebih kuat aku tergelak, tatkala melihatkan keadaan Anwar Zain yang sedaya upaya 'cover line' di tempat-tempat awam seperti ini.
Aku melihat keadaan di sekelilingku sekali lagi. Teringat pula aku kepada pengalamanku duduk di Café Les Deux Magots yang terletak di St-Germain-des-Prés bersama-sama Amir, Majid dan Zaha. Coffee Beans KL Plaza terasa sunyi tanpa Amir di sisiku.
"Hah... tu pun pondan tu dah sampai," ucap Majid sebaik sahaja dia ternampakkan bayang Rezal berjalan dari arah Star Hill ke arah kami.
Sebaik sahaja Rezal sampai, terus dia berlaga-laga pipi dengan Majid. Dia tidak melakukan perkara yang sama kepadaku, kerana dia tahu aku tak berapa suka melakukan ini semua.
"Wah gituh adik-adik... bergaya nampak!" Cetusnya kepadaku. "Very der Prads as always."
"Alah... baju lama beli kat Paris tahun lepas." Sambutku sambil mengharapkan Rezal boleh menurunkan sedikit nada suaranya itu.
"Kau pun... dah kurus eh? Ala-ala muscular lagik." Kataku memujinya. Sememangnya aku lihat, Rezal kini sudah banyak berubah dari Rezal yang aku kenali tatkala di UK dahulu. Jika dahulu dia sedikit gempal, sekarang aku lihat dia kelihatan agak tegap.
"Biasserlah nyah... mak kan wanita besi sekarang ni. Ala-ala Wonder Woman gituh." Jawabnya bersahaja.
"Khelessss... kau pergi gym ke nyah?" Tanya Majid.
"Ye lah... mak pergi ke Clark Hatch lepas balik office. "
"Harusssss... tempat pondan-pondan bertandang." Kata Majid dengan sinis. "Sesuai sangatlah dengan career woman macam kau nih!"
"Kau masih kerja dengan TNB?" Aku menanyai Rezal. Dia mengipas-ngipaskan dirinya yang sedang berpeluh-peluh itu. Bekas peluh mula membasahi baju T ketat yang sedang dipakainya pada ketika itu.
"Ye lah nyah... mak kan ala-ala wanita korporat." Jawabnya lalu mengeluarkan kadnya dari beg duitnya. "This is my caaaarrd." Kadnya dihulurkan kepada aku dan kepada Majid. Tanganya sengaja diletikkannya.
"Khelesss... belum apa-apa dah jadi Senior Engineer. Hanjeng gituh. Mesti main politik dalam ofis!" Kata Majid memerlinya.
"Eh... mak tak main politik okay. Mak ala-ala miss congeniality saja. Tak lebih dari itu. PR mak kan bagus, jangan main-main!" Jawabnya cepat-cepat. "Kau pulak Zam... dah dapat kerja?"
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Kau jangan jadi macam Majid ni pulak... ada kerja carik dia, dia tak nak. Dia nak jadi penulis konon. Hari-hari tanam anggur, boleh gituh?"
"Sudah... takdemaknanya!" Sebut Majid sambil menjeling. "Mak ala-ala kerja okay... mak kan freelance writer!"
Rezal buat-buat tak dengar.
"Kat tempat kau ada kerja tak?" Tanyaku kepada Rezal.
"Kalau ada, dah lama mak suruh kau kerja bawah mak..."
"Aku rasa macam nak balik Terengganu saja--" sambutku seraya mengeluh.
"Chooii! Lepas tu kau nak jadi apa? Jual keropok lekor?" Getus Rezal, kemudian dia menyambung. "Alah, nok... kau baru jer balik sebulan. Tak kanlah terus nak dapat kerja."
"Sebenarnya... Amir suruh aku pergi apply ke company bapak dia." Aku akhirnya mengaku. Tetapi aku sendiri ragu-ragu untuk bekerja di bawah syarikat kepunyaan datuk Amir. Bukannya apa, kalau boleh tidak mahu kerja sebumbung dengan Amir atau dengan ahli keluarganya. Aku tak mahu merasa kekok akhirnya nanti.
"Lepas tu kenapa kau tak apply nok... kan bagus kerja bawah bapak mertua sendiri?" Saran Rezal kepadaku.
Aku menggaru-garu kepalaku. Aku lihat Majid seolah-olah menunggu aku memberikan jawapan.
"Seganlah aku!"
"Nok... kat KL nih tak boleh segan-segan, okay. Kalau nak carik makan tu, buat lah cara nak carik makan." Rezal dengan ikhlas memberiku nasihat.
Aku menarik nafasku panjang-panjang.
"Kau duduk mana sekarang ni nok?" Tanya Rezal. Peluhnya yang tadi turun mencurah-curah kini telah berhenti.
"Duduk di Cheras dengan kakak aku... dah seminggu aku duduk sana." Jelasku.
"Nyah... kalau kau nak duduk dengan mak dekat Pandan Indah, mai lah. Ada satu bilik kosong kat rumah mak--"
"Pondan Indah" Majid menyampuk mengusik Rezal. "Very der kawasan gayboy dan pondan."
"Tengoklah dulu..." kataku, tidak mahu membuat apa-apa keputusan dengan terburu-buru.
"Alah... satu rumah ponen, nyah." Rezal sebolah-bolehnya mahu aku pindah ke Pandan Indah. "Kau nak takutkan apa?"
"Bila aku dapat kerja nanti... aku pindah, okay?"
"Set!" Getus Rezal sambil tersenyum puas. Lalu dia meminta diri untuk memesan minuman.
"Kau patut cari kerja di BumiMas... lagipun aku rasa mereka memang perlukan engineer macam kau. Mereka ada projek baru di kawasan Sri Damansara. Bapak aku kata besar projek tu." Kata Majid kepadaku dengan perlahan. Sejak dua puluh tahun yang lalu firma bapanya telah dipilih untuk mewakili syarikat kepunyaan datuk Amir itu.
"Aku tahu..." kataku ringkas. Mataku memaling kepada beberapa orang remaja yang sedang duduk berdekatan dengan kami. Salah seorang remaja tersebut, (yang mempunyai raut wajah yang agak comel) sering menoleh-noleh mencuri pandang ke arahku.
"Esok kau apply, okay? Kalau tak salah aku... Amir dah bagitahu kepada bapak dia pasal kau. Dia kata 'kawan baik'nya dari UK nak mintak kerja dengan BumiMas... mesti kau gerenti dapat kerja tu. Lagipun... tak kanlah mereka nak reject engineer dari Imperial macam kau." Ujar Majid bersungguh-sungguh.
"Okaylah... esok aku akan cuba apply." Aku akhirnya mengalah.
Majid menarik nafas lega. Dia nampak puas. Entah apa sahaja yang telah dipakatnya dengan Amir, aku sendiri kurang pasti. Aku sememangnya merasakan Amir pasti telah menyuruhnya melakukan sesuatu untuk memastikan aku akan bekerja dengan BumiMas.
Beberapa minit kemudian Rezal kembali ke meja kami. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, dia terus berkata:
"Nok... malam ni jadi tak pergi BB?"
"Jadi!" Jawab Majid seronok.
"Kau pulak, nok?" Rezal memaling ke arahku.
"Eh, kenapa dengan aku pulak?"
"Kau nak pergi tak malam ni?" Tanya Rezal meminta jawapan dariku.
"Eh tak nak lah... buat apa?"
"Alah... sajer." Jawab Rezal, kemudian menoleh ke arah Majid. "Nok... pujuk dia suruh dia pergi BB lah malam ni!"
"Jom lah Zam... boringlah kalau kau tak ada." Majid memujukku dengan membuat muka kasihan.
Aku menarik nafasku panjang-panjang. Sememangnya pada malam ini aku tak pergi ke mana-mana.
"Okaylah... aku pergi ikut korang." Aku akhirnya bersetuju.
"Malam nih kau duduk rumah mak, okay... lagipun mak ada bilik kosong. Bakal bilik kau jugak tu." Ujar Rezal dengan nada yang puas.

Pada malam itu, Rezal telah mengambilku dari rumah kakakku di Cheras. Dia telah memandu kereta Proton Wira yang baru sahaja dibelinya pada bulan lepas.
Dari Cheras, kami telah ke Pantai Dalam untuk ke kondominium Majid yang telah disewanya bersama abangnya Farid.
"Selamat datang ke Pantat Dalam," sebut Rezal seperti seorang peramugari MAS sebaik sahaja Majid masuk ke dalam keretanya.
"Hanjeeennng!" Ujar Majid panjang-panjang.
"Sini pun kawasan pondan okay... macam mak tak tahu."
"Alah... yang ramai ponen Cina, nyah." Beritahu Majid. Kemudian dia memaling ke arahku. "Wah... lawa kau malam nih, Zam. Harus cair puki pondan-pondan kat BB tu nanti!"
Aku berpakaian serba hitam pada malam itu. Pakaian baru sebenarnya. Aku memakai baju body hugging dari Stephen Sandler's Design yang telah dibelikan oleh Amir di Christopher Street di New York. Aku memberanikan diriku untuk memakai baju ini. Walaupun tatkala Amir membelikan baju ini, aku telah berkali-kali memberitahunya bahawa tidak akan sekali-kali aku akan pakai baju ini.
"Sudehhh... dia anak ayam mak malam nih okay!" Kata Rezal sambil memandu laju keluar dari kawasan kondominium di Pantai Dalam itu.

Kami telah tiba ke BB pada pukul waktu 12.30 pagi. Pada waktu itu, terdapat ramai pemuda yang aku lihat sedang duduk melepak di luar kelab malam tersebut.
Inilah kali pertama aku ke tempat ini. Memang aku takut-takut. Rasa segan pun ada. Rasa terkejut pun ada, kerana tak sangka pula terdapat ramai anak-anak muda Melayu yang berkunjung ke kelab malam ini. Ramai yang aku rasa berusia di bawah umur 25 tahun. Ramai yang kacak-kacak.
"Ramai pondan pecah lubang malam nih nok... tak kuasa." Ujar Rezal kuat-kuat ke dalam telingaku. Aku berjalan dekat di sebelahnya dan Majid untuk memastikan mereka tidak lepas dari pandanganku.
Belum apa-apa lagi, Majid terus mengajakku menari dengannya. Aku tak pernah menari di khalayak ramai. Aku segan. Aku menolak pelawaannya itu. Majid menaikkan kedua belah bahunya lalu mengajak Rezal menari dengannya.
"Aku tengok kau dari jauh sajalah... aku segan." Kataku kepadanya sebelum aku terus berjalan ke arah sudut paling belakang di BB. Di tempat di mana DJ memutarkan lagu.
"Sorang saja ke?" Tanya DJ yang sedang bertugas. Dia terpaksa meninggikan suaranya dah menjerit ke telingaku sebelum aku boleh mendengar suaranya.
Aku menganggukkan kepalaku.
"Nama saya Hazlee." Katanya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. "Saya tak pernah nampak awak di sini... first time ke sini ke?"
"Saya baru grad..." Aku menjerit ke dalam telinganya.
"Study mana dulu... US ke?"
"UK." Jawabku pendek.
"UK dekat mana?"
"London."
"I dulu study di US... di Philadelphia."
"Saya ada kawan di U Penn. Shahrin namanya. Kenal tak?"
Hazlee mengambil masa untuk berfikir.
Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata:
"I study di Drexel... I tak campur sangat dengan budak U Penn. Walaupun U Penn dan Drexel tu sebelah menyebelah!"
Aku sendiri bukannya kenal dengan semua pelajar Malaysia di London.
"Ini kad I..." Dia menyerahkan kadnya kepadaku. Aku dapati dia adalah seorang programmer di sebuah syarikat Insuran di KL. "Kalau senang-senang you contact I, okay?"
Aku menganggukkan kepalaku, lalu menyimpan kad tersebut ke dalam poket seluarku.
"Wah, wah, wah! Haz... khelesss kau nyah!" Kata Rezal yang bercekak pinggang di hadapan kami.
"Perlu ke kau ada kat sini, nyah?" Tanya Hazlee. Mereka kemudiannya berlaga-laga pipi.
"Perlu okay! Ini anak ayam mak... dulu dia duduk dengan mak kat UK. Baru saja balik, nok." Jelas Rezal kepada Hazlee. "Nih bagi-bagi kad kenapa ni nok... selalunya kau mana senang-senang bagi kad! Mesti kau taste dengan anak ayam mak kan? Mak dah agak dah nok dengan taste kau tu."
"Perlu ke aku terima soalan-soalan begini?" Tanya Hazlee menjeling.
"Perlu Nok! Tak baik kau lesvo dengan si Nizam nih... nanti kena sambar petir, Okay!"
"Oh tidak! Tipah tertipu! Mak ingatkan top." Getus Hazlee tersenyum malu kepadaku. "Very der jantan macho gituh... ala-ala ada misai dan goatee pulak tu. Sesuatuh, okay!"
"Tu lah nok... mak pun tak paham!" Kata Rezal kepada Hazlee seolah-olah aku langsung tidak wujud di hadapan mereka.
"Nok... sesuatuh gituh jantan-jantan KL nih sekarang kan? Semuanya bottom!" Katanya kemudian.
"Very der sesuatuh, nyah! Tak kuasa mak tengok. Ala-ala susah nak cari makan sekarang ni. Perlu ke semua jadi bottom?" Tanya Rezal sambil menjeling ke arah semua yang sedang menari.
"Nok... jaga anak ayam kau nih. Ala-ala virgin gituh kat BB nih. Belum kena recycle lagik." Hazlee memberi nasihat. Dia menepuk bahu Rezal.
"Tahu nok... lagipun dia dah berlaki... tassstte gituh laki dia. Laki dia kat UK lagi." Rezal menjelaskan.
Rezal dan Hazlee kemudian berbual-bual kosong. Dari apa yang telah diberitahu oleh Rezal kepadaku, mereka berdua telah berkenalan di sebuah parti harijadi seorang gayboy di Pandan Indah. Mereka berdua pernah drag di parti tersebut. Hazlee telah menyanyikan lagu Whitney Houston dan Rezal pula menyanyi lagu Siti Nurhaliza. Tak dapat aku bayangkan pula keadaan mereka berdua di dalam keadaan drag di sana. Menurut Rezal lagi, Hazlee bukan calang-calang orangnya. Dia telah mendapatkan ijazah di dalam bidang kejuruteraan komputer di Drexel.
Suasana di dalam BB gegak gempita. Terlalu ramai orang yang mengerumuni kedai yang dijadikan kelab malam ini. Sistem pengudaraannya juga tidak begitu baik, sehingga membuatkanku basah lencun berpeluh.
Hanya setelah hampir sejam di BB, barulah aku memberanikan diriku untuk menari dengan Majid. Itupun setelah aku dipaksa berkali-kali oleh Majid.
"Wah... tak sangka pulak kau ada rhythm!" Puji Majid. Beberapa orang pemuda sedang menjeling ke arahku berkali-kali. Aku rimas dipandang begitu.
Aku menari mengikut rentak muzik. Aku tak pernah menyangka pula bahawa aku pandai menari. Aku mula mendapati bahawa aku mula suka menari. Terutamanya di tempat yang sesak seperti di BB.
Aku sering membayangkan bahawa Amir lah yang telah menari bersamaku dan bukan Majid...
"BB dah nak tutup." Ujar Majid lalu membawaku keluar. "Kau tunggu sini, okay? Aku pergi cari Rezal kat dalam... mesti ponen tu lupa dunia masa sibuk menjalang kat dalam tu!"
Aku berdiri tercegat di luar BB. Beberapa orang pelanggan BB mula keluar dari kelab malam tersebut beramai-ramai. Tetapi batang hidung Majid dan Rezal tidak kelihatan lagi.
"Hai... nama you siapa?" Tanya seorang pemuda. Dia mencuit bahuku dari belakang.
"Nizam." Jawabku pendek.
"Nama I Fazli. Lama I perhatikan you tadi..."
Aku diam. Tak tahu bagaimana aku hendak menjawab kata-katanya itu.
"I suka dengan you." Katanya tiba-tiba tatkala dia bergerak semakin dekat kepadaku. "I want to fuck you." katanya kemudian.
"What?" Tanyaku dengan suara terkejut.
"Ini nombor handphone I." Katanya, mengeluarkan sekeping kertas resit lalu ditulisnya nombor telefonnya itu. "You call I bila-bila, okay... I tunggu panggilan you."
Fazli berjalan ke arah ke lorong mengarah ke Jalan Bukit Bintang. Aku dapati Fazli orangnya memang kacak. Jika Amir tidak memilikiku dan jika dia tidak begitu 'straight forward' dengan kehendaknya itu, sudah tentu aku akan sekurang-kurangnya memilihnya sebagai calon kekasihku.
"Jom kita ke Malibu... aku haus!" Ujar Majid yang tiba-tiba menyapaku dari belakang. Rezal aku dapati tersenyum-senyum manja kepadaku.
"Apa ponen tu tadi nak?" Tanya Rezal kepadaku. Di sebelahnya ada seorang anak ikan yang sedang berkepit dengannya.
"Entah... tapi nak ajer aku bagi penumbuk dekat dia... ada ke direct dia kata dia nak fuck aku!" Kataku mula marah-marah.
"Rileklah... diorang tu memang macam tu.
Hanjeng, gituh perangai!" Ujar Majid cuba meredakan marahku.
"Get used to it, okay?"
Rezal pula berkata kepadaku.
Di dalam Malibu kami duduk berempat. Berempat anak ikan Rezal itu masih ada bersama kami. Dan Rezal pula memang bercadang mahu membawanya 'berangkut' pulang ke rumahnya. Anak ikan itu kalau mengikut anggaran aku mungkin masih belajar di sekolah menengah lagi, walaupun wajahnya nampak matang.
"Berapa kad kau dapat nok... bukan main mak tengok kau tadi." Tanya Rezal sambil menyedut teh 'o' ais limau yang telah dipesannya.
Aku mengeluarkan kad yang ku terima tadi dari poket seluarku. Empat keping kad aku letakkan di atas meja.
"Khelesssss." Ucap Majid.
Sambil menjeling, Rezal mengatakan bahawa dia tidak pernah menerima sehingga empat kad dalam satu-satu masa. Aku mentertawakannya.
Anak ikan Rezal sedang membelek-belek kad-kad yang telah diberikan kepada aku.
"Kalau kau nak ambik.. ambik ler." Seruku kepadanya.
Dia tersenyum. Senyumannya manis. Semanis senyuman Amir. Wajahnya memang kacak. Berkumis tipis. Tinggi. Berkulit kuning langsat dan berbadan agak tegap. Aku rasa dia bukan gayboy...
"Nama kau siapa?" Aku menanyainya.
"Nazri." Jawabnya pendek. Dia mengeluarkan kotak rokok Malboro dari seluarnya lalu dia menawarkan rokoknya itu kepadaku. Aku menolak tawarannya dengan baik.

Pada pagi itu Majid dan aku pulang ke rumah sewa Rezal. Kami tidur di bilik kosong yang telah dinyatakan oleh Rezal. Anak ikan Rezal yang bernama Nazri itu pula... tidur dibiliknya.
Hanya pada hari esoknya, Rezal telah memberitahuku bahawa Nazri telah mengatakan bahawa dia minat denganku dan ingin kenal dengan lebih rapat denganku.
Aku hanya mampu mentertawakannya.
"Dia kat mana sekarang?" Tanyaku kemudian.
"Dah balik... mak spedo dia dengan duit teksi sekali. Dia money boy, nyah."
"Mmm... dah aku agak. Dia seteret kan?" Tanyaku lagi.
"Yer, nok! Dan barang kemas... dia segem gituh. Der very besar and der tebal one. Boleh anak-anak ikan sekarang yang mak jumpa der segem?"
Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalaku. Tak tahu aku bagaimana untuk menjawab soalannya itu.

***

Belum sampai seminggu aku menghantar CV ku ke BumiMas, aku telah disuruh ke pejabat BumiMas yang terletak di Bangunan Petronas. Temudugaku telah berjalan dengan lancar. Tiga hari selepas proses temuduga, aku telah disuruh untuk masuk kerja pada minggu seterusnya.
Dan seperti yang telah aku janjikan kepada Rezal, aku pindah ke rumah sewanya yang terletak di Pandan Indah itu... 

Bersambung....

No comments:

Post a Comment