Friday, July 6, 2012

NAFAS : Bab 19

Bab 19

Majid yang aku kenali dahulu langsung berubah keadaannya kepada Majid aku kenali sekarang. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya sewaktu dia bercuti di Malaysia, tetapi apa yang pasti, dia kini begitu bersungguh-sungguh mahu melihat proses reformasi berlaku di Malaysia. Dia juga tidak seceria Majid yang pernah kukenali dahulu.

Pada petang hari hujung minggu pertengahan penggal Michaelmas, aku telah ke Oxford untuk melawat Amir dan Majid. Di sana aku akhirnya dapat bertanya sendiri kepada Majid apa yang telah berlaku kepadanya sehingga dia berubah begini.
Aku ternyata risau kepada keadaannya sekarang. Amir juga begitu, tapi dia tidak mahu menanyakan soalan-soalan yang terlalu peribadi kepada Majid. Amir mengharapkan aku akan dapat mengorek rahsia dari Majid, kerana akulah rakannya yang paling rapat dengannya selama ini.
Setelah beberapa kali aku memujuknya, aku akhirnya berjaya membuatkan Majid memberitahu kepadaku kenapa dia boleh berubah laku dengan sekelip mata.
Majid akhirnya memberitahu kepadaku bahawa bekas jahitan di kepalanya bukan kerana dia terlanggar tiang sewaktu bermain skateboard (seperti yang telah diberitahunya kepada kami sebelum ini). Tetapi kerana telah dipukul orang!
"Aku tak buat apa-apa... aku cuma mahu tolong seorang makcik yang telah diheret oleh seorang anggota FRU di depan Kompleks Pertama. Kau tahulah... jenis makcik-makcik tua pakai tudung... di heret macam binatang. Aku pun mengamuklah!" Kata Majid dengan nada marah sewaktu dia berada di dalam bilik Amir di Balliol College. Nafasnya turun naik dengan cepat. "Aku berdiri depan FRU tu. Aku suruh dia berhenti. Aku kata makcik tu dah tua. Tapi tiba-tiba lepas tu, kepala aku kena ketuk dengan kayu cotar dari belakang... kepala aku berdarah. Aku hampir-hampir pitam kerana di terajang berkali-kali selepas itu. Lepas aku dah lemah separuh mati... aku diheret masuk ke dalam lori FRU dengan makcik tu. Makcik tu menangis... dia tolong lapkan darah aku tu dengan selendang dia. Dia kata dia tak paham kenapa dia kena tahan. Kerana dia orang tua... dia tengah tunggu bas bila semua ini berlaku."
Amir tercengang mendengar penjelasan Majid.
"Dah aku cakap jangan libatkan diri kau dengan reformasi." Kata Amir perlahan.
"Sumpah aku tak terlibat... petang tu aku pergi jalan-jalan macam biasa. Salah ke aku jalan-jalan di dalam negeri aku sendiri?" Amir membuka fleece jaketnya lalu diletakkannya di atas kerusi.
"Tak salah... cuma kau kena ingat... Malaysia bukan Perancis atau England. Atau sekurang-kurangnya, Malaysia yang kau kenali dulu bukan macam Malaysia yang kau terpaksa hadapi sekarang." Amir cuma mengingatkan. Dia memegang erat tanganku.
"Aku sudah beritahu kepada bapak aku... aku tak mahu jadi peguam. Tak guna aku jadi peguam di tempat di mana undang-undangnya langsung tak ada nilai!" Dengus Majid marah-marah lagi. Wajahnya nampak semakin merah padam, tambah-tambah lagi kerana dia sedang memakai baju-T berwarna merah dengan potret Che Guevara di hadapannya.
"Jangan sampai begitu sekali, Majid. Kau boleh jadi penguam yang berjaya satu hari nanti. Kau sendiri kata kau nak jadi CJ satu hari nanti!" Kataku mula menyuarakan pendapat.
"Tak guna kau mengalah... kau hanya biarkan mereka memang." Sebut Amir pula, menyokong pendapatku.
"Aku masih mahu berjuang... tapi dengan cara aku sendiri," jelas Majid kepada kami. Dia merenung ke luar tingkap. Musim luruh menampakkan suasana malap di Oxford pada waktu senja. Amir benci dengan cuaca seperti ini, kerana katanya, di New York, cuacanya lebih segar. "Aku dah beritahu kepada bapak aku tentang niat aku ini... katanya, walau apa sahaja yang ingin aku lakukan kelak, yang penting aku mesti ada asas pengetahuan." Majid menggosok-gosok kedua belah tangannya sebelum bersambung. "Jangan takut, Zam, Amir... aku akan terus belajar di Brasenose sampai aku dapat ijazah aku tahun depan."
Aku menarik nafasku tanda lega. Kemudian aku menoleh ke arah Amir.
"Aku kena reman tiga hari di dalam lokap." Kata Majid kemudian sambil tersenyum tawar.
"Kesian kau..." kataku yang hanya mampu bersimpati. Aku dapati Amir menggengam tanganku lebih kuat dari sebelumnya.
"Aha kesian... sebab penat jer aku pergi beli baju di Sogo pada hari aku kena tangkap tu. Konon-kononnya malam tu aku nak pergi ke Blue Boy dengan Rezal... Tapi terpaksa masuk lokap pulak. Hanjeenngggg gituh!" Kata Majid, kembali dengan nada cerianya. Aku senyum puas, kerana sekurang-kurangnya Majid kini ceria seperti sediakala, walaupun hanya buat seketika. "Bapak aku kata... peristiwa aku masuk lokap tu boleh aku jadikan pengalaman untuk diri aku. 'Character building', katanya."
Majid menggigit kukunya sambil memandang ke luar tingkap. Aku tak tahu apa yang sedang difikirkannya pada waktu itu.
"Bapak kau apa khabar?" Tanya Amir memecahkan kesunyian.
"Baik... macam biasa." Jawab Majid ringkas kemudian memandang ke arah aku.
Wajahnya kelihatan sedih. Kami bertiga duduk diam di dalam bilik Amir yang gelap itu.

Pada malam itu aku tidur di dalam biliknya di Balliol. Sebelum masuk tidur, Amir sempat mengukir namaku dan namanya di atas meja tuanya di dalam biliknya itu. Yang menariknya, meja tersebut sudah beratus-ratus tahun lamanya. Dan di atas meja tersebut sudah tersedia terukir beberapa nama penguhuni lama bilik itu di Balliol. Amir mengukir perkataan ini di atas meja tuanya:
"Amir dan Nizam... selamanya."
Aku tersenyum melihat ukirannya. Aku mencium pipinya. Cahaya samar-samar beberapa batang lilin yang telah dihidupkan oleh Amir membasahi wajahnya.
"Kesian saya tengok si Majid tu tadi." Sebut Amir kepadaku. Dia memeluk tubuhku dengan erat, tatkala aku sedang duduk di atas pangkunya di atas kerusi di sebelah meja belajarnya itu.
"Saya pun tak tahu apa nak jadi dengan negara kita, bang." Kataku kepada Amir, walaupun mataku pada waktu itu tertumpu kepada busutnya yang mula membesar itu.
"Saya harap... negara kita akan berubah kepada yang yang lebih baik." Kata Amir dengan perlahan. Dekat ke telingaku, seolah-olah dia mahu mengecup pipiku, sebelum dia berhenti lalu tersenyum nakal kepadaku. Tatkala dia menyebut perkataan 'negara kita', aku sedikit terkejut, kerana Amir adalah seorang warganegara Amerika Syarikat. Mungkin kini dia sedang berfikir untuk menjadi warganegara Malaysia...
Kami kemudiannya mula berbual tentang diri masing masing. Tentang makanan yang telah kami makan dan tentang cuaca buruk di Oxford petang tadi. Entah macam mana, tangan Amir terus melekat di pipiku. Aku mengelak manja. Dia memusingkan muka ku ke arahnya. Dia senyum kepadaku.
Muka Amir semakin lama semakin dekat ke muka aku.
"Nak cium kita lah ni!" Kataku mengusiknya.
Belum sempat aku menolaknya, bibir kami bertemu. Beberapa detik kemudian, Amir menolak badan ku supaya rebah ke katilnya yang kecil itu. Aku mengeliat kerana busutnya dia yang besar keras itu menghempap ke atas busutku. Tubuhnya yang sasa itu melekat kepada tubuhku. Aku terasa sesak nafas. Aku cuba menolak dadanya ke atas. Tatkala aku tolak dadanya yang bidang itu, aku dapat merasakan busutnya semakin membesar.
Di dalam masa aku merasakan kelakiannya semakin membesar, Amir memasukkan tangannya di dalam kain sarungku lalu dia terus mengguli kelakianku dia dengan kuat.
Aku mengerang kesakitan. Kami terus bercium.Aku dapat merasakan lidah lembut Amir dalam mulutku. Aku terus mengulum lidah Amir dengan penuh semangat.
Tangan nakal ku mula merayap ke arah kelakian Amir yang dapat kurasakan mula membesar keras dan mintak dikeluarkan. Amir biarkan sahaja.
Tanpa aku sedari, sarung dan seluar dalamku telah dibuka
oleh Amir. Bibir kami mula renggang sedikit. Amir mula turun ke bawah. Sambil tangannya dia mula mengurut urut kejantananku. Aku mengerang kecil.
Amir terus bermain-main dengan kelakianku. Tidak lama selepas itu aku dapat rasakan kelakianku basah semacam. Bila aku lihat ke bawah, rupa-rupanya Amir sedang memasukkan kelakianku ke dalam mulutnya.
"Aaaahhhhhhhh!" Aku mengerang kesedapan. Amir mula mengisap kelakianku dengan rakus. Aku mengerang beberapa kali. Namun aku tidak dipedulikan Amir. Dia terus mengisap kelakianku dengan semahu-mahunya. Pada waktu itu, aku rasa bagai nak terpancut di situ sahaja. Aku cuba menahan. Tetapi pada malam itu aku ternyata tewas kepada Amir. Beberapa detik selepas Amir mengulumku dengan dalam, airku terasa seperti mahu meledak terus ke dalam mulutnya.
Amir tahu tentang keadaanku pada waktu itu. Lalu dia mula mengeluarkan kelakianku dari mulutnya.
Amir mula mengocok kelakianku dengan laju. Aku mengerang kuat. Air maniku terpancut dengan banyak. Meleleh sehingga ke cadar.
Amir tersenyum melihatku mengerang kesedapan.
Amir berasa tidak puas hati kerana dia sendiri belum sampai ke kemuncaknya. Dia mula memicit kuat buah zakarku. Aku menjerit. Dia hanya senyum. Aku keletihan. Amir mula menanggalkan pakaian nya di
hadapanku. Dia tahu aku cair melihat tubuhnya yang tegap itu.
Kejantananku yang tadinya dah layu kini segar kembali.
Melihat kejantananku segar kembali, Amir mula menggosok gosok kelakiannya dia hadapanku. Aku tengok sahaja perbuatannya itu.
Aku cuba menahan nafsuku. Tetapi ternyata aku tewas sekali lagi kepadanya. Semakin lama semakin keras senjataku itu dibuatnya.
Aku tidak boleh tahan lagi. Aku terus menerkan Amir. Aku cium bibirnya. Selepas aku puas cium bibirnya, aku mula turun untuk merasa putingnya yang tegang itu. Aku nyonyot putingnya itu seperti bayi menghisap
susu. Amir mengerang. Aku gigit puting Amir hingga merah. Setelah puas
mengerjakan puting Amir, aku pun mula cium badannya hingga ke bawah. Sedap pula bau jantannya itu. Semakin berahi aku jadinya...
Kini muka aku betul betul rapat dengan senjatanya. Basah pula senjatanya itu. Aku mula menjilat takuk Amir dengan perlahan, sehingga Amir merintih-rintih kesedapan. Di dalam keadaannya penuh kesedapan itu Amir bangun lalu menindih tubuhku ke atas katil.
Amir membasahkan jari telunjuknya lalu dia memasukkan jarinya itu ke dalam lubang nikmatku. Aku mengeluh kesedapan.
Mungkin kerana terlalu geram, Amir mula menjilat buah zakarku sehinggalah lidahnya bertemu kepada lubang nikmatku.
Setelah puas menjilat lubang nikmatku, Amir terus menghalakan kelakiannya ke arah lubangku. Dengan ganas Amir telah merempuh masuk ke dalam lubang nikmatku yang padat itu dengan satu hentakkan.
Aku menjerit kesakitan. Amir tidak peduli. Dia terus main sorong tarik denganku. Dayungannya itu langsung membuatku mengerang kesedapan.
Aku merintih. Amir masih meneruskan aktiviti sorongnya itu. Entah
berapa lama Amir bermain sorong tarik denganku, aku sendiri kurang pasti. Aku terlalu khayal untuk memikirkan tentang waktu...
Badan kami dah berpeluh. Tatkala Amir enak bermain sorong tarik denganku, tiba-tiba aku rasa lain macam. Aku rasa seperti hendak meledak terpancut. Aku dah tak tahan diperlakukan begitu oleh Amir. Aku menarik punggung Amir yang padat itu dekat kepadaku lagi.
Aku terpancut-pancut sehingga basah badan Amir dibuatnya. Kerana terlalu geram melihatku terpancut begitu, tambah-tambah lagi aku kemut dengan kuat memicit-micit kelakiannya di dalam diriku, tubuh kami kejung bersama.
Selepas habis air mani Amir keluar di dalam diriku, kami
terbaring keletihan.
Setiap apa yang berlaku yang telah membuatkan kami gusar tentang diri Majid, terus hilang entah ke mana...

***

Aku tak tahu apa yang telah berlaku di Malaysia pada waktu itu. Kerana aku jarang membaca akhbar. Yang aku tahu cuma dari mulut Amir dan Majid.
Suasana di kalangan para pelajar di UK pada ketika itu, amat berbeza keadaannya dari sebelum ini. Kesemua pelajar-pelajar Malaysia yang aku kenali mula sedar tentang tentang keadaan yang sedang berlaku di Malaysia. Dan hampir kesemua dari mereka menyokong kepada pergerakkan Reformasi. Ada pula yang takut menyuarakan pendapat mereka kerana takut biasiswa mereka ditarik balik.

"Nampaknya Mahadey dah berjaya melahirkan generasi bacul!" Ujar Majid kepada seorang pelajar perempuan dari City University yang tak mahu menerima risalah yang telah diedarkan olehnya di Malaysia Hall. Sejak awal tahun lepas, Majid begitu aktif dengan dengan sebuah laman Internet yang isi beritanya tertumpu kepada berita Reformasi.

Pernah pula pada satu hari; (sewaktu Amir sedang berada bersamaku di Brompton Square) sejurus selepas Amir membaca berita terbaru mengenai Malaysia di Internet, dia tiba-tiba menjadi sugul. Dia duduk memerhatikan gambar-gambar-gambar lama datuknya bersama beberapa orang pelajar Malaya di London. Datuknya, yang pernah mendapatkan Queen's Scholarship untuk belajar di UK itu, pernah memainkan peranan untuk mendapatkan kemerdekaan buat Malaya.
"Kita masih belum merdeka..." katanya perlahan, seolah-olah dia sedang bercakap kepada pemuda-pemuda di dalam gambar yang dipegangnya itu. Amir menarik nafasnya panjang-panjang lalu mengeluh lesu.
Kebiasaanku. Aku tidak akan menganggunya pada waktu-waktu sugulnya seperti ini. Aku akan biarkannya begitu, sugul... sehingga dia datang sendiri kepadaku.

***

Awal bulan Febuari. Seperti biasa cuaca di London dingin, mendung dan malap. Apa yang membuatkan hari ini lain dari yang lain adalah kerana pada hari ini, aku, Amir dan Majid akan ke Malaysia Hall.
Memang pada mulanya aku dan Amir terlalu keberatan untuk ke sana. Tapi kerana telah dipaksa oleh Majid, kami akhirnya terpaksa mengalah. Lagipun, kata Majid, dia perlukan sokongan moral dari kami. Sebagai kawan yang paling rapat dengannya, aku dan Amir sememangnya tidak boleh menolak permintaannya itu.
Kata Majid kepada kami sebelum kami bertolak ke Malaysia Hall, dia mahu menanyakan kepada Mahathir tentang kes Tun Salleh Abbas sewaktu sessi soal jawab di Malaysia Hall nanti...
"Oh, awak pun ada di sini ke?" Tanya Faridah, pelajar jurusan undang-undang dari LSE yang sejak dulu minat denganku. Di sebelahnya berdiri kawan rapatnya yang bernama Rezan. Kedua-dua mereka ku lihat bertudung biru.
"Ada, sajer ikut kawan." Jawabku sambil berdiri semakin dekat dengan Amir. Kalau boleh mahu sahaja aku berselindung di belakang Amir. Tapi nanti apa pula katanya. Amir hanya berdiri tegak dan senyum kepada Faridah dan Rezan.
"Awak makin smart sekarang." Kata Faridah sambil tersenyum. "Hensem saya tengok." Pujinya sambil menoleh ke arah Rezan.
Aku melihat kepada baju panas Prada berwarna hitam yang sedang kupakai pada waktu itu. Baju tersebut telah dibeli oleh Amir. Seperti biasa, Amir sendiri yang telah menyuruh aku memakai baju tersebut pada hari ini. Aku kata seperti biasa, kerana Amir suka memilih baju yang perlu aku pakai setiap kali kami keluar bersama.
"Alah biasalah... kau saja yang nampak lebih." Kataku minta tidak mahu diganggu lagi. Aku menoleh ke arah Amir.
Amir mahu menahan ketawa melihatkan gelagatku diganggu oleh Faridah. Dia kemudian telah meminta diri untuk pergi berjumpa Majid yang sedang sibuk berbual dengan beberapa orang pelajar dari Oxford yang sedang ada bersamanya.
"Kenapa awak tak pernah nak contact saya?" Tanya Faridah kepadaku. Aku hampir-hampir tak mahu percaya perkataan ini telah terpacul dari mulut kecilnya itu.
"Aku sibuk belajar... bukan macam kau." Aku menoleh ke arah Amir yang sedang ligat berbual dengan rakan-rakannya. Dari jauh aku dapat melihat betapa manis wajahnya itu. Aku tidak tahu mengapa semakin lama aku mengenalinya, semakin kacak dirinya itu dari pandanganku.
Amir sememangnya kelihatan segak dengan baju panas berwarna hitam dan sweater biru gelap yang sedang dipakainya itu. Dirinya yang kemas itu aku lihat langsung jauh berbeza dengan keadaan Majid yang bersahaja dengan kemeja hitam dan fleece jaketnya yang tidak ditukar gantinya sejak aku mengenalinya di Felsted dulu.
"Saya dah banyak kali cuba e-mail awak... tapi awak tak mahu jawab." Kata Faridah lagi. Suaranya manja. Berdesing telinga aku mendengar suara manjanya itu.
"Alah... aku jarang guna Internet. Aku bukan macam kau... jenis 24 jam main IRC." Kataku bersahaja menegurnya.
"Saya dengar... Majid tu gay. Betul ke? Tanya Rezan sambil matanya menjeling ke arah Majid.
"No komen," jawabku pendek.
"Awak kawan dia... entah-entah awak pun gay jugak!" Ujar Rezan. Faridah mencuitnya. Mukanya merah padam kerana soalan kawannya itu.
Pada saat itu, aku mula rasa selamat kerana Amir kembali berjalan ke arahku.
"A, ah... aku gay. Nih laki aku!" Kataku dengan nada mengejek kemudian senyum kepada Amir. Amir membalas senyuman nakalku itu, lalu menjemputku masuk ke dalam dewan di Malaysia Hall.
"Pandai awak buat lawak." Kata Faridah ketawa kecil. Di dalam hati, aku tergelak besar, walaupun aku benar-benar berharap, Faridah tahu bahawa aku langsung tidak berminat dengannya kerana Amir memang kekasih aku.
Faridah mengekoriku masuk ke dewan, lalu duduk di sebelahku. Majid dan Amir senyum-senyum kepadaku. Aku menjeling marah kepada Amir kerana dia galak mengusikku.
Suasana Malaysia Hall yang hingar bingar dengan suara pelajar-pelajar Malaysia dari UK itu tiba-tiba senyap apabila pengacara mula mengumumkan ketibaan PM ke dewan tersebut.
Seperti mana yang telah dijangkakan oleh Majid, ceramah yang diberikan oleh PM pada malam itu berbaur politik. Ramai pelajar yang ada di dalam dewan aku lihat seperti mahu tak mahu mendengar celotehnya di atas pentas. Ramai yang tersenyum sinis setiap kali dia cuba menyalahkan itu dan ini untuk menutup setiap kelemahannya sendiri.
"Mungkin dia tidak sedar bahawa dia sedang berucap di hadapan para pelajar yang mampu berfikir dengan sendirinya, dan bukan sekumpulan pak turut UMNO." Bisik Majid kepadaku.
Sebaik sahaja PM mengakhiri ucapannya, pengacara membuka sidang kepada para pelajar supaya diberi peluang menanyakan soalan kepada PM.
Sejak dari mula lagi ku lihat Majid begitu beria-ia supaya diberi peluang untuk menanyakan soalan kepada PM. Tangannya telah diangkat tinggi-tinggi.
Beberapa pelajar lain telah diberi peluang untuk menanyakan soalan. Hampir kesemua soalan adalah mengenai kes Anwar yang sedang berlanjutan di Malaysia pada waktu itu. Jawapan diberikan oleh PM banyak yang tidak boleh diterima oleh pelajar yang ada. Dari raut wajah yang aku lihat, ramai yang ingin menunjukkan rasa tidak puas hati, tapi hanya mampu duduk diam.
Pada waktu itu, aku lihat Amir sedang membisikkan sesuatu ke dalam telinga Majid. Mereka berdua kelihatan serius. Majid kemudian mengangguk kepalanya berkali-kali. Seterusnya Amir menepuk-nepuk bahu Majid sebelum Majid kembali mengangkat tangannya.
Beberapa detik kemudian, Majid telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada PM. Dengan berdebar-debar aku menunggunya untuk menanyakan PM soalan mengenai kes Tun Salleh Abbas yang telah disediakan sejak minggu lepas.
Nadiku hampir-hampir terhenti apabila Majid tiba-tiba menyuarakan pendapatnya menyuruh Mahathir supaya meminta maaf kepada Anwar Ibrahim serta keluarganya dan dia kemudian telah menyarankan supaya Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia!
Suasana dewan senyap buat beberapa ketika sebelum tepukan gemuruh kudengar memenuhi dewan. Suasana terlalu riuh rendah. Aku menoleh ke arah Amir. Dia hanya duduk diam sambil tersenyum puas.
Majid pula ku lihat tiba-tiba kelu dan pucat. Dia duduk dengan matanya terpaku ke hadapan. Tangannya sedikit menggigil.
PM seperti biasa menjawab permintaan Majid dengan jawapan yang memperbodohkan penonton yang ada. Katanya, permintaan Majid itu boleh dibuat sebagai asas untuk menyaman malu dirinya. Pelajar-pelajar jurusan undang-undang tersenyum, termasuk Faridah dan Rezan, kerana mereka tahu bahawa kata-katanya itu tidak berasas langsung. Kata-kata orang politik yang telah lama nyanyuk...

PM keluar dari dewan Malaysia Hall diiringi oleh beberapa pengawal keselamatan yang muncul dari belakang dewan. Beberapa orang pelajar mula mengurumuni tempat duduk kami untuk berjumpa dengan Majid. Bersalam dengannya. Nepuk-nepuk bahu Majid sambil tersenyum lebar. Ada yang mengucapkan tahniah kepadanya. Majid kelihatan sedikit gusar. Beberapa pegawai dari kedutaan mula bergerak ke arah kami.
"Awak keluar dulu... kita jumpa nanti di depan stesyen tube Marble Arch. Saya tak mahu awak terlibat--" Amir mengarahkan dengan nada yang tegas. Aku diam setuju.
Aku menoleh ke arah pintu. PM baru sahaja di bawa keluar.
Di dalam ramai-ramai orang yang sedang mengerumuni PM, aku dapat melihat satu wajah yang tidak mungkin aku dapat lupakan sampai bila-bila.
Lelaki yang aku maksudkan itu bertugas sebagai salah satu pengawal peribadi PM. Dia cuba menghadang beberapa pelajar dari cuba bergerak terlalu dekat kepada PM.
Aku menolak beberapa pelajar di hadapanku supaya aku dapat bergerak semakin dekat kepadanya.
Lelaki yang yang membuat nafasku terhenti buat beberapa ketika itu tiba-tiba memaling ke arahku. Wajahnya tiba-tiba pucat memandangku.
"Abang Zami!" bisikku sendiri. Langkahku terhenti. Aku terpaku di kalangan pelajar-pelajar yang berebut-rebut berjalan ke luar.
Abang Zami berdiri tercegat. Mungkin kerana terkejut. Wajahnya yang cerah itu kelihatan semakin putih seperti mayat, sebaik sahaja dia memaling ke arahku tadi. Beberapa saat kemudian aku dapat melihatnya cuba berjalan menghampiriku. Aku menoleh ke belakang ke arah Amir. Aku dapat melihat Amir tersenyum kepadaku lalu memberi isyarat menyuruh aku terus keluar.
Dari jauh, dari pergerakkan bibirnya, aku dapat melihat abang Zami membisikkan namaku berkali-kali. Aku buat tak tahu. Abang Zami seboleh-bolehnya mahu mendapatkan aku.
Beberapa langkah kemudian, aku dapati abang Zami sedang menekan earphone kecil yang terselit di dalam telinganya. Kemudian dengan serba salah dia mematikan langkahnya untuk menghampiri aku lalu berjalan kembali ke arah PM. Dia kelihatan kecewa. Matanya penuh rindu merenung ke arahku sebelum dia hilang entah ke mana.
Aku menarik nafasku panjang-panjang penuh lega. Hatiku masih berdegup kencang. Semahu-mahunya aku tidak ingin bertembung dengannya lagi. Lebih-lebih lagi dengan adanya Amir bersamaku kini. Aku berjalan ke tingkat atas, aku masuk sebentar ke tandas untuk membasuh mukaku. Aku sengaja bersembunyi ke tandas dengan harapan abang Zami tidak akan dapat mencariku di sini. Lima minit kemudian aku keluar dari tandas lalu bergegas ke luar.
Sebaik sahaja aku berada di luar Malaysia Hall, PM dan beberapa pegawai serta pengikut-pengikutnya telahpun beredar entah ke mana. Yang ada di luar hanyalah beberapa kumpulan pelajar, wartawan dan beberapa orang rakyat Malaysia yang yang sedang bersembang-sembang dan bertukar pendapat.
Aku cepat-cepat berjalan ke arah stesyen tube Marble Arch. Wajah abang Zami yang sedang memandang tepat ke arahku tadi langsung tidak dapat ku lupakan. Dia sekali lagi berjaya menghantui fikiranku setelah sekian lama aku cuba melupakannya.

"Kenapa termenung je ni?" Tanya Majid menyergahku sewaktu aku sedang menunggu di stesyen tube Marble Arch. Benci benar aku dengan perangainya yang suka menyergahku dari belakang. Dia tahu aku senang terkejut. Maka semakin menjadi-jadi dia menyergah aku. Setiap kali dia menyergah aku, setiap kali itulah aku akan tersentak dibuatnya. Dan setiap kali itulah dia akan ketawa terbahak-bahak. Dia tidak pernah bosan menyergah aku.
Tapi malam ini dia hanya tersenyum, tak ketawa seperti biasa.
"Kau ni, macam sial lah perangai!" Aku memarahinya. Aku mula mengepalkan tanganku seperti mahu menumbuknya.
"Kenapa ni sayang... are you okay?" Tanya Amir sambil memegang bahuku dengan erat. Amir dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena yang sedang bergelumang di dalam fikiranku.
"Tak ada apa-apa, bang," Kataku di dalam nafas yang gundah. "Saya risau hah... bukannya apa. Risau pasal tadi." Aku sengaja membuat-buat risau tentang Majid, walaupun kepalaku berkecamuk kerana dihantui peristiwa aku terserempak dengan abang Zami.
"Jangan takutlah sayang... they can't do crap to Majid. He's not a government scholar!" Ujar Amir sambil mengosok-gosok belakangku.
Majid cuba mengukir senyuman, walaupun aku tahu dia masih rasa gementar. Di dalam beraninya, dia juga mempunyai perasaan takut seperti hampir kesemua pelajar-pelajar lain yang aku kenali.
"Maaf kalau aku marahkan kau tadi... kau tahu aku--" Sebutku kepada Majid.
Majid cepat-cepat memotong kata-kataku:
"Alah.. aku tahu kau tension kalau aku surprise kau macam tadi."
"Malam ini kau jadi wira reformasi!" Kataku kepada Majid sambil berjabat tangan dengannya, seolah-olah mengucapkan tahniah kepadanya. Majid tidak menjawab, dia hanya mampu membalas dengan tersenyum kelat.

Seperti yang telah dijangkakan oleh Amir, pada hari esoknya, kisah Majid menyarankan PM supaya meletakkan jawatannya di Malaysia Hall heboh diperkatakan di ruang-ruang akhbar di Malaysia dan di Internet. Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap pelajar yang menyarankan perkara tersebut agar biasiswanya ditarik balik. Yang anehnya, identiti Majid langsung tidak diumumkan.
Majid tergelak-gelak setiap kali dia membaca berita mengenai dirinya di akhbar di Malaysia dan di Internet. Buat pertama kali dia merasakan bahawa dia telah melakukan sesuatu yang betul-betul penting di dalam hidupnya...


Bersambung...

No comments:

Post a Comment