Wednesday, June 27, 2012

NAFAS : Bab 10

Bab 10

Aku akhirnya berjaya juga sampai ke bumi Inggeris. Biasiswa yang aku terima telah membawaku ke bandar Essex, ke sebuah daerah yang dikenali sebagai East Anglia, yang terletak di tenggara England. Essex bukanlah sebuah bandar yang besar, sesuai benar untuk diriku yang berasal dari kampung ini. Aku bersekolah di Felsted School, sebuah sekolah yang telah disenaraikan di dalam senarai sekolah-sekolah yang terbaik di England. Mungkin tidak sebaik Wellington ataupun Eaton, tetapi sudah cukup baik untukku mengabiskan masa-masa persekolahanku di sana.
Semasa berada di England, aku telah berjanji untuk tidak mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki. Aku sendiri telah mula melupakan segala keinginanku terhadap lelaki. Aku lebih banyak menghabiskan masaku menelaah pelajaran. Kalau tak pun, aku akan menghabiskan masaku bersama Majid, kawanku yang paling rapat denganku.
Majid ini agak sederhana tingginya. Orangnya berkulit kuning langsat. Berambut agak kerinting, walaupun tak keterlaluan alunan kerintingnya itu. Wajahnya tampak lebih muda dari usianya--menampakkan bahawa dia tidak pernah (atau mungkin tidak perlu) melalui masa-masa sukar di dalam hidupnya. Di dalam ramai-ramai pelajar Malaysia yang ada, hanya dia seorang sahaja di Felsted yang telah di hantar ke sana oleh keluarganya sendiri.
Majid adalah seorang yang banyak bercakap. Ada sahaja topik yang mahu dibincangkan oleh kepadaku. Aku pula lebih senang mendengar, mungkin kerana itulah persahabatan kami terjalin dengan eratnya.
Dia adalah satu-satunya pelajar dari Malaysia yang aku kenali yang telah mengambil pelajaran yang pelik-pelik untuk peperiksaan A-levelsnya. Kalau aku mengambil mata pelajaran C-Maths, F-Maths, Physics dan Chemistry, dia pula lebih senang mengambil pelajaran Art History, French, Sociology dan English. Selain dari itu, kerana kebolehannya di dalam bidang akademik, dia telah digalakkan untuk mengambil S-paper di dalam mata pelajaran English dan Sociology . Dia tidak keberatan untuk mengambil S-paper di dalam mata pelajaran tersebut, (yang memang berat kandungan mata pelajarannya) kerana menurutnya, dia mahu ke Oxford.
Seperkara lagi yang membuatkan hubungan kami erat adalah kerana dia juga seorang yang mempunyai kecenderungan yang sama seperti aku. Maksud aku, dia lebih cenderung kepada kaumnya sendiri.
Memang tidak aku nafikan bahawa pada mulanya aku terkejut. Bukannya apa, kerana Majid ini agak 'rugged' keterampilannya. Mungkin 'anak ikan macho' adalah istilah yang terbaik yang boleh aku berikan kepadanya. Walaupun berwajah muda, dia masih kelihatan macho. Mungkin kerana dia berwajah garang. Matanya tajam bak burung helang. Sesuai dengan hidungnya yang mancung itu. Aku cuba meneka dari hari pertama aku menemuinya bahawa dia berdarah campuran. Tetapi Majid tidak pernah mahu mengiakan atau menidakkan tekaanku itu. Dia cuma beritahu kepadaku bahawa dia orang Melayu.
Mungkin itu sahaja yang dia mahu aku tahu tentang latarbelakangnya. Dia sebenarnya tidak suka merahsiakan apa-apa dariku, cuma kadang kala, ada perkara-perkara tentang dirinya yang dia tidak mahu aku ketahui. Apa yang aku tahu, Majid akan mengambil masa sebelum dia perlahan-lahan beritahu kepada aku tentang keadaan dirinya. Aku sendiri, cuma tahu tentang beberapa orang rakan-rakannya yang terapat (selain dari diriku dan zaharudin) setelah dua tahun aku mengenalinya...
Majid gemar bermain skateboard. Acapkali dia akan membawa skateboardnya itu ke mana-mana. Pakaiannya pula lebih kepada 'street wear'. Sehingga kini pun aku melihatnya berpakaian yang sama.
Tatkala dia mula memasuki ke Universiti, dia mula membela rambut panjang (yang kemudiannya diikat kemas). Sehingga ke hari ini rambutnya itu masih disimpan panjang. Rambut panjangnya itu, aku rasa telah membuatnya menjadi kegilaan beberapa orang pelajar perempuan Malaysia yang sedang menuntut di UK. Satu perkara yang tidak disukainya, kerana Majid tidak berapa suka bergaul dengan pelajar perempuan.
Majid telah di hantar ke Felsted oleh ibu dan bapanya sejak di secondary one (menegah satu) lagi. Bapanya adalah seorang peguam yang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai sebuah syarikat guaman yang boleh dikatakan antara yang paling terpengaruh di sana. Sebelum menetap di England, sejak kecil lagi Majid telah dibesarkan di Bukit Damansara. Satu kawasan yang tidak pernah aku kunjungi sewaktu aku belajar di KL dahulu. Tapi apa yang aku tahu dari apa yang pernah aku dengar, kawasan ini memang tempat orang kaya-kaya.
Sewaktu dia di Felsted, pada setiap musim cuti sekolah, Majid pasti akan di suruh pulang ke Bukit Damansara. Maka pada setiap musim cuti sekolah, aku pasti akan kehilangan seorang rakan yang sentiasa menemaniku seperti Majid...
Majid yang aku kenali suka berterus terang. Dia tak suka berdolak dalih. Dia pernah mengatakan kepadaku bahawa ibu dan bapanya tahu bahawa dia langsung tidak berminat kepada kaum wanita.
"Mak bapak kau tak marah ke?" Aku menanyainya. Terkejut juga aku mendengar pengakuannya itu.
"Mak dan bapak aku diam saja. Mereka menerima dengan hati terbuka. Terutamanya mak aku. Pada mulanya, aku tahu bapak aku harap aku hanya buat lawak sahaja. Kerana mungkin fikirnya, aku hanya mahu mengambil perhatiannya." Majid memberitahu. Dia sengaja menumbuk-numbuk dada serta lenganku, seolah bertinju. "Mungkin dia dah terima hakikatnya yang aku tek minat dengan perempuan... ye lah, setiap kali aku pergi ke syarikat guamannya, mata aku mesti galak tengok abang-abang peguam yang baru diambilnya. Memang ramai yang hensem-hensem!"
"Yang tak hensem pulak?" Ujiku.
"Yang tak hensem aku buat dunno lah..." jawabnya sambil ketawa terbahak-bahak.

Semasa di Felsted, tak banyak dugaan yang aku hadapai. Mungkin kerana aku sememangnya hanya berminat dengan abang-abang Melayu. Lebih-lebih lagi, di Felsted, tak ramai yang kacak-kacak. Memang begitulah keadaannya di UK, fikirku.
Yang pernah sekali mengangguku adalah seorang pelajar dari Wales. Thomas Hopkins namanya. Dia pernah menemuiku lalu memintaku supaya mengulum kelakiannya. Mungkin tatkala itu dia sedang mabuk, kerana aku dapat menghidu bau arak dari mulutnya.
Kejadian ini telah berlaku semasa musim cuti hari natal. Pada malam musim sejuk itu tak ramai yang berada di dalam asrama. Ramai pelajar-pelajar telah pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari natal. Thomas yang hanya akan pulang pada hari esoknya itu telah menggunakan peluang ini untuk mengangguku. Sewaktu dia berada di sebelah katilku, dia telah mengeluarkan kelakiannya yang agak besar itu lalu diacah-acahkannya di hadapaku. Kelakiannya kelihatan keras menegang besar di hadapanku. Aku dapat melihat kepala takuknya yang merah itu berdenyut-denyut menunggu aku mengulumnya. Aku merasa jijik kerana aku tak mahu diperlakukan begitu lagi sebagaimana aku pernah diperlakukan oleh Ezam di MTD dahulu. Di dalam rasa marahku, aku berjaya menolaknya sehingga dia terjatuh tersungkur di sebelah katilku. Selepas itu, dia tak pernah berani menggangguku lagi.

***

Mungkin ramai akan tertanya-tanya bagaimana Majid tahu tentang keadaan diri aku ini. Ceritanya tak lah pangjang sangat. Dia mula-mula mengenali tentang keadaan diriku pada hari pertama dia mengenaliku...

"Seronok jugak akhirnya bila masuk lower six nih, sebab ada budak Melayu yang sama umur dengan aku," ucap Majid sambil membelek-belek koleksi kasetku yang tak seberapa bilangannya di atas meja belajarku. "Sempat jugak kau shopping kat HMV, eh!" Sambungnya sambil tersenyum ke arahku.
"Alah... sikit-sikit saja. Aku tak tahu apa nak beli kat London. Ni jer yang aku beli masa kat sana. Mahal pulak tu!" Aku merungut. Memang harga-harga barangan di London mahal-mahal. Aku sememangnya berhasrat untuk membeli banyak barang-barang yang aku lihat tatkala membeli-belah di London, tapi aku tak mampu. Tak sampai hati aku untuk habiskan wang yang telah bapa aku kumpulkan dan berikan kepada aku sebagai wang perbelanjaan (sebelum aku bertolak ke UK). Aku tahu dia pinjam wang tersebut dari Pak Longku. Jadi aku rasa lebih baik sahaja aku berjimat dari boros tak tentu arah. Lagipun aku ini jenis suka berjimat.
"Whitney Houston... Celine Dion... Madonna... Mariah Carey... vasssttt adik-adik pecah lubang!" Getusnya ketawa sambil duduk di sebelahku. Dia menepuk-nepuk pehaku berkali-kali. "Baguslah kau ada kat sini... boleh jadik kawan baik aku." Sambungnya kemudian.
"Apa kau merepek ni?" Tanyaku yang tak faham apa maksud 'vassstt adik-adik pecah lubang'nya itu. Entah apa lagi bahasa yang pelik-pelik yang akan aku dengar darinya nanti.
"Kau gayboy kan?" Dia menanyaiku dengan meluru.
Aku diam terpaku. Dahiku terkerut-kerut. Tak tahu aku bagaimana untuk menjawab soalannya itu.
"Alah... aku pun isap kote jugak." Katanya kasar. "Jangan takutlah... kau bukan taste aku pun. Lagipun aku dah berlaki di Paris. Nama dia Zaharudin. nak tengok gambar dia tak?" Majid mengeluarkan dompetnya dari kocek seluarnya. Dari dompet tersebut dia mengeluarkan gambar kekasihnya. "Can do, kan?" Dia menanyaiku.
Aku menatap gambar Zaharudin. Ternyata gambar pemuda pilihannya itu memang kacak.
"Mix ke?" Aku menanyainya.
"Mix Melayu-Perancis... bapak dia Melayu mak dia Perancis. Anak Pelukis terkenal Iskandar Salleh." Majid memberitahuku.
Aku tak kenal siapa bapa Zaharudin itu.
"Dia bersekolah di Paris?"
"Aha... dia sekolah kat Lychee Henry IV di Montmartre, Paris. Dia akan ambil baccalaureatenya pada tahun ini." Katanya yang sedang dilamun cinta itu. "Dia telah ke Paris sejak setahun yang lepas. Selepas kematian ibunya. Sebelum tu dia study di Victoria Institution."
Aku menatap wajah Zaharudin. Zaharudin berwajah Melayu walaupun darah Perancisnya kelihatan agak ketara di dalam masa yang sama. Matanya berwarna cokelat cair. Kulitnya putih bersih. Orangnya setinggi Majid.
"Gambar itu telah diambil di hadapan La Grande Arche di La Dèfence di Paris." Ujarnya. Aku ternyata tidak pernah ke tempat yang telah disebutkannya itu. Walaupun di dalam hati, aku berharap bahawa tempat-tempat tersebut akan dapat aku tujui juga pada satu hari nanti!
"Kau kata mak dia sakit?"
"Sebenarnya, mak dan bapak dia dah lama bercerai... sejak dia berusia 12 tahun. Lepas tu mak dia balik Paris. Tapi... mak dia sakit barah. Zaha nak jaga mak dia. Sebab tu dia ke sana. Mak dia meninggal dunia pada tahun lepas." Ujarnya perlahan. "Aku ada bersamanya bila mak dia meninggal dunia pada tahun lepas." Katanya kemudian. Majid merenung ke arah lantai.
"Maaflah kalau aku tanya benda-benda nih semua."
"Tak apa..." katanya kembali memaling ke arah aku.
"Aku memang gayboy." Aku akhirnya mengakui. Bukannya senang untuk aku beritahu kepada sesiapa tentang keadaan diriku ini. Hatiku terbuka apabila dia sendiri telah membuka hatiku kepadaku.
"Dah aku agak dah." Ujar Majid. Kening kirinya ternaik nakal.
"Mana kau tahu?"
"Eleh... tolonglah!" Majid mula berseloroh. "Tengok kau punya koleksi kaset jer aku dah boleh agak..."
Aku membalas senyumannya.
"Very der koleksi adik-adik gituh!" Katanya sambil memandang kepada poster Mariah Carey yang aku tampal di dinding di hadapan katilku.
"Dah minat aku ke situ, nak buat macam mana." Aku mengakui, sambil tersenyum lagi.

Aku telah banyak belajar tentang dunia baruku di England melalui Majid. Dari Majidlah aku mula melihat dunia ini dari pandangan kacamata yang lain. Majid ternyata matang orangnya. Pandangannya tentang dunia di sekelilingnya agak luas. Dia beruntung kerana dapat hidup di dalam keadaan yang membolehkannya melakukan sedemikian. Berbanding dengan diriku yang hanya hidup di kampung dan kemudiannya di Kuala Lumpur tanpa berpeluang langsung keluar dari Malaysia.
Dari Majid juga aku telah mula mengenali Zaharudin. Pernah beberapa kali Zaharudin datang melawat kami sewaktu kami bercuti di London. Dan beberapa kali itu juga perasaan cemburu timbul di dalam hatiku tatkala aku melihat betapa bahagianya hubungan Majid dan Zaharudin. Aku seolah-olah tak boleh menerima hakikat bahawa dua orang lelaki boleh bercinta, malah berkasih mesra diantara satu sama lain. Bagi aku, semua lelaki itu sama. Semua lelaki penuh dengan penipuan. Apa yang mereka nak hanyalah satu, iaitu untuk memuas nafsu mereka.
"Macam mana kau boleh bertemu dengan Zaha?" Aku menanyai Majid tatkala kami mula-mula berkenalan dahulu.
"Sebenarnya dia yang nak berkenalan dengan aku. Masa tu aku secondary three. Aku balik cuti musim panas kat KL. Kami berjumpa masa aku pergi main skateboard di Medan Damansara. Dia sengaja mahu lepak di situ semasa dia nampak aku bermain kat sana. Masa tu dia baru saja lepas jogging." Majid mula bercerita.
"Umur dia 15 tahun macam kau jugak?"
"Tak lah... dia tua dua tahun dari aku. Masa tu dia berada di tingkatan lima di VI" Kata Majid sambil memandang suasana di luar tingkap di dalam bilik asramanya itu.
"Dia tegur kau ke... kau tegur dia?"
"Aku yang tegur dia. Sebab dia asyik tenung-tenung aku sampai rimas aku dibuatnya. Dia memang pemalu dan pendiam orangnya. Nanti kalau kau jumpa, kau tahu..." jelas Majid.
"So... macam mana dia tahu kau gayboy?"
"Alah... panjang ceritanya."
"Ceritakanlah... please!" Aku memujuk.
"Masa tu aku terjatuh dari skateboard aku. Dia yang tolong bawak aku balik. Esoknya pula... bila dia dah berani nak kawan dengan lebih rapat dengan aku, dia ajak aku pergi ke rumah dia. Masa tu kami baru jer balik dari jenjalan di Petaling Street"
"Rumah dia di Bukit Damansara juga?"
"Aha... tapi rumah dia dekat dengan Jalan Semantan... rumah aku di Jalan Bruas. Tapi kira okay lah, tak ler jauh sangat." Ujar Majid. "Masa aku di rumah dialah, aku mula berkenalan dengan bapak dia.... pelukis terkenal Iskandar Salleh." Beritahu Majid seraya mengeluarkan sebuah buku mengenai pelukis-pelukis dari Malaysia dari rak bukunya. Ini adalah antara lukisannya yang paling terkenal. Gambar isterinya tatkala di Paris pada tahun 1968 dahulu."
Aku membelek buku tersebut untuk melihat sekujur tubuh bogel yang telah dilukis oleh Iskandar Salleh.
"Ini gambar ibu Zaha?" Tanyaku kemudian?
"Ya... mak dia cantik bukan?"
Aku menganggukkan kepalaku. Dari situlah aku dapat tahu dari mana Zaharudin mewarisi ketampanan wajahnya itu.
"So... apa jadi masa kau kat rumah dia... kau projek kan?" Aku sengaja mengusiknya.
Majid tersenyum kambing.
" Tak jugak… Tapi dia pernah kacau aku..." jelasnya. "Aku tak sedia lagi. Lama aku dengan dia… barulah aku berani nak projek. Tu pun setelah dia tinggalkan Yadi."
"Wah… Kau nak kumpul air lah ni, kononnya?" Aku mengusiknya lagi. “Kau tak gian ke kau simpan lama-lama?”
"Ye lah wei... sapa tak mau projek dengan mamat macam dia?" Katanya dengan suaranya yang serak-serak basah itu. “Tapi aku akhirnya terima dia dalam hidup aku bila aku dah betul-betul sedia…”
"Besar tak?"
"Besar apa?" Majid menanyaiku kembali.
"Eleh... buat-buat tak tahu pulak."
"Besar kote dia ke?" Tanya Majid.
Aku mengangguk ingin tahu.
"Alah... saiz mat saleh. Standard ler."
Aku tersengih.
"Sapa top, sapa bottom?" Aku menanyainya sambil tersengih lagi.
"Kau rasa aku top ke bottom?"
Aku membelek gambar Zaha yang ada Majid letak di tepi dinding katilnya. Zaha kelihatan agak matang orangnya. Kemudian aku menoleh ke arah Majid yang mempunyai wajah anak-anak ikan itu.
"Kau top." Aku cuba meneka.
"Hah, pandai pun kau... mesti kau nih dah expert kan?"
"Sikit-sikit tu bolehlah." Kataku sambil tersengih lagi.

Menurut Majid lagi, hubungan mereka semakin intim sejak mereka bertemu di Medan Damansara. Dia memang sayangkan Zaha kerana Zahalah lelaki pertama yang telah membuka hatinya untuk bercinta. Pada mulanya hubungan mereka agak sukar diteruskan, kerana Majid terpaksa bersekolah di UK dan Zaha pula di Malaysia. Hubungan mereka menjadi semakin intim apabila Zaha telah mengambil keputusan untuk meneruskan pelajarannya ke Paris setelah ibunya meninggal dunia.

Menurut Majid, beberapa bulan sebelum ibu Zaha meninggal dunia, dia telah menemani Zaha di Paris. Hanya pada cuti musim sejuk pada tahun itulah Majid untuk kali pertamanya tidak pulang bercuti ke Malaysia. Kerana dia ingin bersama Zaha, menemaninya di Paris. Dan beberapa bulan kemudian, dia juga telah menyaksikan bagaimana Zaha telah kehilangan ibunya yang sangat-sangat disayanginya di sana.

Sepanjang masa aku di Felsted, aku lebih banyak menghabiskan masa lapangku bersama Majid. Walaupun kami berdua telah mengambil mata pelajaran yang langsung berbeza sama sekali, kami tetap akan belajar bersama-sama di tempat yang sama di asrama kami.

***

Aku telah menerima keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan A-levelsku. Memang pada mulanya aku bercadang untuk ke Oxford seperti Majid. Tapi aku tidak berjaya. Mungkin pada sesi temuduga, aku tidak dapat meyakinkan badan pemilih bahawa aku adalah seorang calon yang sesuai untuk belajar di sana. Mungkin kerana bahasa Inggerisku masih tunggang langgang. Majid pula (yang langsung mampu berbahasa Inggeris dengan fasih, malah pekat dengan loghat Essexnya), mendapat "Unconditional" untuk ke Brasenose College di Oxford University.

Aku pernah menanyainya apa yang telah di tanya kepadanya pada sesi temuduga sehingga dia berjaya di terima untuk belajar di Oxford. Dengan bersahaja Majid menjawab:
"Interviewer aku tu tanya... apa aku nak buat, jika aku jadi Chief Justice di Malaysia nanti."
"Jadi apa kau jawab?" Aku menanyainya.
"Aku kata aku nak buang semua hakim-hakim yang makan rasuah di Malaysia, lepas tu aku nak gantikan semuanya itu dengan yang baru." Jawabnya bersungguh-sungguh.

Pada awal musim luruh itu, kami akhirnya berpisah buat pertama kali di dalam masa dua tahun sejak kami mula-mula bertemu. Dia ke Oxford untuk belajar di dalam jurusan undang-undang di Brasenose, dan aku pula telah ke Imperial College di University of London untuk belajar di dalam jurusan kejuruteraan sivil.
Kami telah berpisah demi mengejar cita-cita kami...


Bersambung...

No comments:

Post a Comment