Tuesday, May 22, 2012

NAFAS : Bab 2

BAB 2

Aku melihat jam tanganku. Malam ternyata masih muda. Di dalam kepalaku terngiang-ngiang lagi keluhan suara Abang Zami tatkala dia sampai ke kemuncak syahwatnya. Teringat-ingat aku lagi kepada air maninya yang terpancut dengan begitu banyak dan kuat sehingga terpercik ke mukaku. Aku seolah-olah dapat lagi mengingati lagi bau tubuhnya yang langsung mengingatkan aku kepada bentuk tubuhnya yang tegap, tinggi dan sasa.
Jiwaku gusar. Hampir gila aku dibuatnya pada malam itu mengingatkan Abang Zami. Kalau boleh, mahu sahaja aku bersama dengannya sepanjang malam, tapi aku sedar bahawa dia sibuk. Aku juga sibuk. Aku terpaksa melakukan kerja-kerja yang telah disuruh oleh ibuku seperti menyiapkan kerusi meja di bawah kemah. Abang Zami dan abangku pula sibuk memotong daging kerbau yang baru disembelih petang semalam. Aku dapat tahu bahawa
Abang Zamilah yang telah melakukan kerja-kerja penyembelihan. Menurut bapaku, agak sukar juga kerbau Pak Kasim itu disembelih.
 

"Nasib baik ada si Zami tu," ujar bapaku selepas kami bersama-sama
sembahyang Isyak di surau berdekatan dengan rumahku. Bapaku meneruskan
lagi dengan mengatakan bahawa abang Zami telah menggunakan kekuatannya
untuk menumbangkan kerbau itu. Abang aku sendiri, termasuk para pemuda
kampungku sendiri tewas kepada kerbau tersebut.
"Kalau tak ada si Zami tu... esok takde kendurilah, jawabnya," sambung bapaku sambil berseloroh. Aku tersenyum bangga. Aku rasa agak menyesal juga kerana tidak dapat menyaksikan kejadian itu pada petang tadi. Menyesal aku kerana telah tertidur setelah aku melabuhkan bahtera aku bersama Abang Zami.
Aku ternyata terlalu lesu setelah dibelai manja oleh Abang Zami. Jika aku tidak terlena melayan kelesuanku, sudah pasti aku akan dapat melihat Abang Zami menggunakan tenaga anak jantannnya untuk menumbangkan kerbau Pak Kasim (yang pernah aku dengar digunakan oleh Pak Kasim untuk dilagakan dengan Kerbau dari Siam). Sudah pasti aku akan dapat melihat setiap urat yang ada dilengannya yang besar itu timbul tatkala kerbau jantan itu ditumpaskan oleh Abang Zami. Sudah pasti aku akan dapat menyaksikan kegagahannya melawan seekor binatang yang sudah sedia terkenal kerana kegagahannya.
Dari cerita yang aku dengar, abang Zami telah mengerahkan segala tenaganya untuk menumbangkan kerbau Pak Kasim dengan memegang tanduk kerbau tersebut lalu memulas kepala kerbau itu sehingga kerbau itu mengalah dengan sendirinya.

"Kenapa termenung?" Abang Zami tiba-tiba menyergahku dari belakang.
Aku tahu abang Zami lah yang telah menyergahku kerana suara abang Zami agak keras dan dalam. Getaran suaranya menusuk sehingga ke kalbuku.
"Takde apa-apa bang... tengok budak-budak kecik nih main kejar-kejar depan rumah nih. Rasa meriah semacam pulak." Aku menjawab spontan.
Aku terus menarik nafas panjang. Terubat rasa rinduku kini tatkala abang
Zami kini berada di sisiku.
"Abang paham... tapi mesti suasananya berbeza dengan suasana di asrama." Katanya. Loghat Utaranya aku dapati masih pekat disebutkannya.
"Di RMC seronok juga bang. Seronok lagi bila bersukan dengan
kawan-kawan saya masa petang."
"Abang Zuraimi beritahu kat abang, Zammain ragbi."
"Betul bang." Jawabku bersungguh-sungguh.
"Dulu abang pernah jadi wakil Kedah bermain bola, bawah 18 tahun."
"Saya taklah sehebat abang... saya wakil sekolah saja, bang."
Aku menjeling ke arah betis abang Zami yang kelihatan besar dan
berurat. Kain pelikatnya terselak sedikit sehingga ke bawah lutut ketika
dia duduk bersila di hadapanku. Aku dapat melihat betisnya penuh dengan bulu roma yang kelihatan teratur cantik. Kulit abang Zami aku dapati bagaikan tembaga keemasan; putih dan bersih. Ini telah membuatkan setiap bulu yang ada samada dilengan, dibetis dan pehanya serta di dadanya kelihatan lebih menarik. Malah kumis serta keningnya yang tebal lah yang telah membuatkan aku terus menerus jatuh hati kepadanya. Cinta pandang pertama, lagaknya. 


"Zam tengok apa tu Zam?" Sebut abang Zami apabila dia mula perasan bahawa mataku sedang merenung ke arah betisnya. Dia sengaja meraba-raba betisnya itu lagi. Tatkala dia menukar cara dia bersila, aku telah ternampak bekas luka pada tepi bahagian betisnya.
"Luka ke bang? Luka baru ni!" Ucapku dengan nada prihatin.
"Alah sikit saja Zam, terguris tanduk kerbau petang tadi." Jawab abang
Zami bersahaja.
Aku merapati kepada abang Zami. Aku memegang betisnya untuk melihat dengan lebih teliti lukanya itu.
"Nasib baik tak tergores dalam..." Ujarku. Sempat juga
aku meraba-raba betisnya yang padat itu.
"Malam nih abang tak akan ikut abang kau dan bapak kau pergi ke
kampung seberang--"
"Saya tahu bang... malam ni kita tidur di rumah nenek saya dengan
sepupu-sepupu saya tu hah," aku memotong kata-katanya sambil menjuihkan
mulutku ke arah sepupu-sepupuku yang sedang bermain di hadapan rumahku.
"Abang sengaja tak mahu pergi... abang kau paksa aku pergi juga
tadi, tapi abang tak mahu... abang kata betis abang masih sakit lagi."
"Abang Zuraimi tu memang suka paksa orang... tak sukalah saya dengan perangai dia tu!" Kataku. Dahiku terkerut memikirkan perangai buruk
abangku itu.
"Abang tak sakitlah Zam. Abang sebenarnya nak kenal dengan lebih
rapat dengan Zam."
Aku tersenyum malu. Muka aku merah padam dibuatnya.
"Alah, rilek lah bang--" Semakin lama aku meraba betisnya, semakin keras kelakian aku rasanya. Aku mengurut-ngurut betisnya yang keras penuh berbulu itu.
"Kenapa, Zam tak mahu abang berkawan dengan Zam ke?" Abang Zami cepat-cepat memintas. Arus wajahnya tiba-tiba berubah. Dia tampak
serius.
"Eh takdelah bang," Aku menjawab pantas. "Saya sebenarnya..." belum
sempat aku menyatakan bahawa aku suka kepadanya, abang aku telah
memanggil nama abang Zami dari dalam. Cepat-cepat aku menarik tanganku dari betis abang Zami.
"Malam nanti kita sambung," bisik abang Zami kepadaku sebelum
dia meminta diri untuk beredar menemui abangku di dalam.


***

"Jangan lupa bagi ayam-ayam aku tu makan!" Ujar nenekku sebelum aku meninggalkannya bersama ibuku dan saudara-maraku di dapur. Mereka sedang sibuk untuk menyiapkan bahan untuk dimasak pada hari esoknya.
Perjalanan ke rumah nenekku itu mengambil masa selama 20 minit.
Taklah jauh sangat. Kami berjalan menyusur jalan pantai. Malam itu pula
bulan terang. Malam-malam seperti ini memang indah, lebih-lebih lagi
jika tidak ada awan di langit. Lautan yang luas kelihatan tenang. Deruan
ombak yang menyusuri pantai seolah-olah menyanyikan lagu syahdu kepada
mereka yang mahu mendengarnya.
Abang Zami tak banyak berbual denganku ketika kami sedang berjalan.
Dia lebih banyak menghabiskan masanya melayani sepupu-sepupu lelakiku
yang agak nakal. Mereka semua berasal dari Melaka, tapi mereka semua
sudah biasa dengan jalan ke arah rumah nenekku, jadi aku hanya berjalan
di belakang mereka. Itupun kerana abang Zami yang suruh.
"Best tak bang jadi komando?" Tanya sepupuku Ali yang masih berusia
13 tahun. Badannya kecil. Aku memang suka mengusiknya.
"Bessssttt. Tetapi banyak cabarannya!" Jawab abang Zami spontan. Dia
berjalan gagah di hadapan sambil dikerumuni oleh anak-anak pak longku.
Aku suka melihat cara abang Zami berjalan. Macam askar. Memang nampak macho.
"Saya dah besar nanti nak jadi komando macam abang!" Ucap Ali.
"Pigidahhh, badan macam biskut nak jadi komando konon." Aku
mengherdik Ali dari belakang. Abang Zami ketawa sendiri. Itulah kali
pertama aku melihatnya ketawa. Sampai sekarang aku dapat ingat lagi,
cara dia ketawa dan lebih-lebih lagi kedutan di tepi matanya ketika dia
ketawa.

Memang agak sukar untuk memaksa semua sepupu-sepupuku tidur pada malam itu. Seolah-olah mereka tak pernah kenal erti penat. Mereka akhirnya
masuk tidur juga beberapa minit sebelum masuk pukul 11 malam. Itupun
setelah abang Zami berjanji untuk mengajar mereka cara-cara untuk
membuat jerangkap samar pada hari esoknya.
"Memang cantik kawasan rumah ni. Abang sebenarnya tak pernah tinggal di kawasan kampung nelayan. Tu sebab abang beria-ia benar nak ikut abang Zam tu kemari." Ujar abang Zami ketika kami duduk di atas anjung rumah
nenekku. Mataku jauh merenung ke laut.
"Rumah ni terpencil sikit, bang. Jauh dari rumah-rumah lain. Tak
tahu kenapa arwah datuk saya buat rumah di kawasan ini. Mungkin sebab
dia suka dengan kawasan ini." Aku memberitahunya. "Arwah datuk saya ni
dulu penghulu kampung ni." Aku menyambung dengan nada bangga.
"Tu gambar datuk Zam?" Tanya Abang Zami sambil berjalan ke arah
gambar yang telah diambil beramai-ramai yang telah diletakkan di dinding
anjung.
" Ye bang, yang duduk tengah tu lah arwah datuk saya. Gambar ni dah
lama bang."
"Siapa pulak mat saleh ni?"
"Masa zaman 70-an dulu, menurut bapak saya, ada sorang mat saleh
dari Amerika yang sewa bilik dengannya selama dua tahun."
"Buat apa?" Abang Zami menanyaiku.
"Dia mengajar bahasa Inggeris di sini. Dia dari US Peace Corp."
Kataku bersungguh-sungguh. "Saya nak bawak abang kat sana!" Kataku
kemudian sambil menunjukkannya ke arah tebing bukit yang terletak
bersebelahan dengan rumah nenekku.
Mata abang Zami terpaku ke arah tebing bukit tersebut. Bukit itu
taklah tinggi sangat. Tapi bukit itulah yang menandakan pengakhiran
pantai di kawasan kampungku itu. Selepas bukit itu terdapat kawasan hutan tebal paya bakau, dan tidak terdapat kawasan pantai sehinggalah ke beberapa
batu kemudiannya.
Sinar purnama menerangi bentuk bukit di sebelah kawasan rumah nenekku itu.
"Omputeh tu ada bina jalan hingga ke atas bukit. Atas bukit tu
pulak, dia ada bina pondok kecil. Saya suka ke sana, terutamanya pada
waktu malam-malam begini. Tenang rasanya bang." Kataku tanpa berkelip walau sesaatpun kepada abang Zami.
Abang Zami mengusap-ngusap dagunya. Dia kemudian turun dari anjung lalu mengenakan kasutnya. "Jom kita pi sana!" Ujar Abang Zami penuh
bersemangat.

Jalan untuk menuju ke atas bukit tidaklah begitu sukar, kerana jalan
telah diterangi oleh cahaya bulan purnama. Aku sendiri sejak dari dahulu
lagi hanya berani menuju ke atas bukit ini hanya pada masa-masa begini.
"Berani Zam naik bukit nih sendiri," ucap abang Zami dari belakang.
"Biasalah bang... anak jantan kena berani!" Jawapan mudah dariku.
"Tulah yang abang suka dengar." ujar Abang Zami. Aku menoleh
sebentar ke arahnya. Dia tersenyum manis. Cahaya bulan yang terang itu
membasahi wajahnya yang putih bersih itu.
Suasana di atas tebing bukit itu memang tenang dan cantik. Dari atas
bukit itu kami boleh melihat kawasan di sekitar bukit, dari kawasan paya
bakau sehinggalah kepada rintik-rintik lampu dari rumah-rumah kampung di
bawah bukit. Jika cuaca baik, bandar Dungun pun boleh kita lihat dari sini.
Pondok yang telah dibina oleh mat saleh dari Amerika itu
masih tampak kukuh walaupun telah lama ditelan zaman. Pondok ini kecil
tanpa dinding di bahagian hadapannya. Dari dalam pondok kita boleh
melihat kawasan laut saujana mata memandang. Di dalam pondok ini
terdapat sebuah para yang telah dijadikan sebuah katil kecil olehku.
Telah lama aku tambahkan tilam dan bantal yang tidak aku gunakan lagi di atas para tersebut. Memang telah menjadi kegemaranku untuk bersantai di sini. Selalu juga aku tidur di sini, terutamanya pada waktu petang.
Aku memasang beberapa batang lilin yang telah lama aku simpan di dalam pondok tersebut. Beberapa detik kemudian, aku terus melabuhkan
punggungku di atas para bertilam itu. Abang Zami duduk rapat disebelahku.
Kami berdua diam. Aku merenung ke arah wajahnya yang kacak itu untuk memastikan bahawa aku akan dapat mengingati segala liku dan sudut
serta bentuk di atas wajahnya. Fikirku, aku pasti akan merinduinya
apabila aku kembali ke MTD kelak.
"Abang sebenarnya ke sini kerana abang sengaja mahu berjumpa dengan Zam... bukan kerana abang mahu melihat kampung nelayan" Kata abang Zami sambil memegang tanganku dengan erat. Aku dapat merasakan telapak tangannya yang besar kasar itu meramas-ramas tanganku.
"Maksud abang?" Aku kurang mengerti. Aku mahukan kepastian darinya.
"Abang dah lama minat dengan Zam... sejak abang ternampak gambar Zam dari abang Zam di berek abang setahun yang lepas. Zam memang taste
abang."
"Eh... saya bukannya hensem sangat. Mesti ada orang yang lagi hensem yang abang minat."
"Ada tu ada," Abang Zami mengakui. "Tapi ramai yang lembut, abang
tak minat."
"Emm... taste abang sebenarnya macam mana?"
"Kulit sawo matang... ada misai sikit-sikit dan macho... Macam Zam
lah. Kan abang dah cakap kat Zam petang tadi." Abang Zami merenung tajam
ke arah laut. "Pertama kali abang lihat gambar Zam... gambar Zam di RMC
dengan uniform celoreng yang Zam pakai, abang terus jatuh hati dengan
Zam. Dari gambar tu, Zam memang nampak macho, dan kan abang kata... muka Zam iras-iras muka Nassier Wahab." Abang Zami menghela nafasnya panjang-panjang. "Hari ini barulah abang dapat berpeluang bertemu sendiri dengan Zam. Puas rasanya!"
Aku asyik memandang ke arah bibir abang Zami yang agak kemerahan
itu. Aku hampir-hampir tidak mendengar apa yang telah diperkatakan oleh
abang Zami kepadaku. 


"Taste saya pula, abanglah!" Ujarku dengan tiba-tiba. Aku membaringkan kepalaku di atas dada abang Zami. 


"Zam ni manjalah," kata abang Zami sambil mengusap-ngusap rambutku. "Saya suka dengan lelaki seperti abang... abang kacak, tinggi, badan abang tough... semua ciri-ciri lelaki sejati yang saya impikan selama
ini ada di dalam diri abang."
Abang Zami tidak menjawab kata-kataku tadi. Dia terus mencium anak
rambutku dengan perlahan. Abang Zami kemudian telah memberanikan
dirinya untuk membuka bajuku. Kemudian dengan penuh lahap dia telah
meratah bahagian leherku. Aku membiarkannya sahaja sambil aku sendiri
membuka kemejanya.
Didalam samar-samar dibekalkan dengan cahaya lilin, tanganku
meraba-raba tubuh Abang Zami yang besar dan keras itu. Tanganku kerap
kali menguis-nguis lurah yang jelas terdapat di tengah-tengah dadanya
yang berbulu itu. Di dalam keadaan yang terlalu ghairah tatkala leherku
diratah oleh abang Zami, aku menolaknya lalu aku terus menyonyot
putingnya yang besar dan keras itu.
Abang Zami mengeluh kesedapan. barulah pada ketika itu aku dapat
memahami kelemahan abang Zami. 

BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment